Thursday, October 1, 2009
CERDIK SIVIK BERSAMA ABOT
Nyanyi lagu kanak2 yang riang sambil belajar sivik bersama Abot. Mengandungi kesepuluh lagu bersama vcd interaktif animasi seperti-
1. Buka Pintu
2. Beratur
3. Rama rama
4. Adik sihat
5. Hormat menghormati
6. Simpan duit
7.Berhati hati di jalanraya
8. Cuci tangan
9.Sayang hidupan
10.Kutip angkat buang
KOLEKSI INI SESUAI UNTUK KANAK2 DAN DEWASA
Irama fresh dan layan habis..
Objektif lagu2 untuk memberi pengertian sebenar sivik bermula dari asas disiplin diri. Mendidik anak2 kecil kita tentang asas disiplin agar membantu membentuk pemikiran menjadi lebih bermoral bila mereka dewasa kelak.
Sambil menyanyi sambil belajar..sambil belajar sambil boleh menjadi bijak pandai! boleh menjadi orang berguna pada semua!!!
berminat untuk pengedaran sila hubungi- 0169698691
sinopsis CINTA GONIE
Aya ada satu matlamat. Demi kepentingan untuk diri sendiri. Dia dan Rizal adalah pasangan tunang yang langsung tidak serasi. Jodoh yang telah ditetapkan oleh keluarga sejak kecil mereka tidak munasabah dan tak masuk dek akal. Maka Aya atur rancangan sendiri. Hanya Gonie sahaja dapat menyelamatkan dia dari perkahwinan atur itu.
Rizal menyukai Gonie. Ada sesuatu tentang gadis ini menarik hatinya. Gonie adalah seorang gadis bertubuh gemuk lagi besar. Tubuh dimiliki kerana diwarisi dari gen keluarganya rata rata memang dilahirkan sebegitu. Oleh kerana tubuhnya yang besar itu menjadikan Gonie bahan cacian dan bulian rakan rakan di sekolah. Terutama sekali seteru ketatnya Mala dan Norain, pelajar popular sekolah. Mereka selalu mengambil kesempatan membuli Gonie dalam apa sahaja peluang yang ada. Sikap Gonie yang terlalu pasif dan merendah diri membuatkan dia sering dipandang rendah oleh pelajar lain. Ibarat melukut di tepian gantang Gonie tersisih dalam sekolah itu tanpa perhatian. Tiada sesiapa pun mahu berkawan. Gonie menerima kekurangan dengan fikiran terbuka. Membiarkan terus perasaan tiada keberanian dan tiada keyakinan terhadap manusia lain sehinggalah dia terlibat dengan konflik antara Aya dan Rizal.
Gonie terharu dengan perhatian diberikan oleh Rizal namun kerana setia pada cinta kanak kanak tiga belas tahun dulu. Gonie terpaksa menolak Rizal. Gonie pernah berjanji dengan Boboy seawal mereka usia lima tahun. Walaupun janji itu hanya janji anak anak kecil namun Gonie tetap menganggap janji itu janji hidup dan mati. Kesetiaan Gonie pada Boboy tiada berbelah bagi. Sentiasa berharap cintanya pada Boboy akan menjadi kenyataan. Demi menjaga kesetiaan Gonie terpaksa menghindari Rizal.
Rizal tidak pernah berputus harap untuk meraih hati gadis montel itu. Cuba jua memberi keyakinan Gonie memberanikan diri berhadapan dengan diri sendiri. Sedangkan dia tidak tahu Gonie ada pendirian lain selain dari tidak berkeyakinan diri. Namun usaha Rizal pula sentiasa diganggu oleh Aya. Mereka sentiasa bertelagah dan menentang antara satu sama lain kerana Gonie. Tanpa mengetahui niat Aya sebenarnya sehaluan.
untuk order :-
harga : RM 20 (senashkah) sudah termasuk dengan harga pakej penghantaran
* setiap pembelian akan disertakan dengan tandatangan penulis
tel : 0169698691/ 01116371105
Subscribe to:
Posts (Atom)