Tuesday, September 29, 2009

sinopsis DEMI CINTA KHISA 1 & 2





Yuslin gadis remaja metropolitan. Menjadi yatim piatu sejak umur lima belas tahun dan bakal mewarisi harta keluarga, Yusman Holding apabila mencecah umur 18 tahun. Kehidupannya selama ini tidak pernah kesempitan. Perniagaan keluarga diurus oleh kakaknya Yusra dan abang angkatnya Syariman. Sungguhpun mewah tetapi Yuslin tidak bahagia dirumah. Hidupnya sepi dan sendirian. Hubungannya dan Yusra selalu berantakan. Mereka tidak sehaluan. Dia menentang cara kehidupan Yusra yang sosial dan mengamalkan seks bebas. Sungguhpun dia mengamalkan gaya hidup indie urban tetapi Yuslin masih mementingkan kemurnian peribadi. Bagi mengelak diri Yuslin gemar menghabiskan masa siang disekolah bersama teman baiknya Luna, Rozie dan Jueman dan masa malamnya di studio jamming bersama Khisa, Patam dan Joe.

Yuslin menyimpan cinta kepada ketua bandnya, Khisa. Yuslin memendam perasaan cintanya kepada Khisa kerana tidak mahu keakraban persahabatan mereka tergugah. Demi Khisa, Yuslin sanggup lakukan apa apa sahaja. Biarpun Khisa perlakukan diriya seperti orang suruhan atau diperkotak katik. Yuslin ada pesaing. Dia cemburu melihat hubungan cinta Khisa dengan Jenny, gadis GRO di sebuah kelab malam. Yuslin mengerti bagaimana mendalam cinta Khisa terhadap Jenny walau Jenny bersikap tidak acuh dalam percintaan mereka. Yuslin bijak melindungi perasaannya dengan menunjukkan kesungguhan terhadap perjalanan karier muzik band G-bier yang telah didirikan bersama selama tiga tahun.

Disekolah dia diminati oleh Rizzwan, pelajar kelas menengah atas. Demi melupakan perasaannya terhadap Khisa dia membenarkan Rizzwan berteman rapat dengannya. Walaupun cuba melayani Rizzwan seperti teman teman baiknya yang lain tetapi keikhlasan Rizzwan hampir menambat hati. Sehinggalah satu trajedi buruk berlaku kepada dirinya.

Segala berpunca apabila wasiat lama mula dibongkar. Dato Anuar, bapa kepada Khisa pernah bersahabat baik dengan arwah Dato Yusman ketika remaja. Sebelum mereka sama sama menceburi perniagaan koprat mereka pernah terlibat dalam dunia mafia antarabangsa. Hasil perlibatan mereka memperolehi kekayaan masing masing. Selepas pengunduran mereka jarang berhubungan. Masing masing membuat haluan sendiri. Sehinggalah tiga tahun selepas kematian Yusman dan isteri kerana terlibat dalam kemalangan udara. Anuar telah didatangi wasiat. Wasiat dari Yusman yang mengamanahkan Anuar untuk menguruskan misi rahsia. Sebelum kematian Yusman berusaha. Namun tidak berkesempatan membongkarnya kepada pihak berkuasa kerana terbunuh menumpaskan sindikit mafia. Dia telah berjaya mengumpul maklumat besar yang melibatkan ketua ketua mafia antarabangsa dinahas udara dipercayai hasil perbuatan kianat pihak mafia yang cuba mematahkan rancangan Yusman. Atas kebijaksanaan Yusman sebelum mati dia sempat menyelamat dokumen itu dan telah menyimpan rapi disatu tempat rahsia. Mengharapkan kemudian Anuar dapat meneruskan misi seterusnya. Bagi memperolehi dokumen itu semula Yusman telah meletakkan syarat penting sebagai langkah keselamatan. Antara syarat itu adalah menjodohkan Yuslin dengan Khisa. Sijil perkahwinan mereka itu nanti digunakan sebagai kata laluan untuk memperolehi kunci peti besi yang menyimpan dokumen tersebut. Selain dari menjodohkan Yuslin dan Khisa, Yusman turut menjodohkan Yusra dan Syariman sebagai muslihat mengaburi pihak mafia. Bagaimanapun terdapat juga masalah dalam usaha penyatuan Yusra dan Syariman. Yusra menolak Syariman atas sebab kepentingan peribadi. Walaupun dalam diam Yusra amat menyukai Syariman. Konflik demi konflik berlaku dalam usaha misi namun demi persahabatan dan kerana pernah terhutang budi Anuar memikul amanah yang diserahkan. Berusaha memenuhi sepenuh hati.

Sebelum itu Anuar tidak pernah tahu Khisa dan Yuslin memang bersahabat baik. Dia menyuarakan hasrat wasiat kepada Khisa. Nyata mendapat tentangan. Khisa membantah kerana ingin bersama Jenny. Oleh kerana Khisa menolak, Anuar terpaksa menjalankan rancangan memutuskan hubungan Khisa dan Jenny. Anuar mengupah penyiasat untuk menyiasat latar belakang Jenny. Hasil siasatan didapati Jenny juga bekerja sambilan sebagai pelacur kelas atas. Anuar membongkar pekerjaan lacur Jenny kepada Khisa dengan cara bermuslihat dan rancangannya berjaya memisahkan mereka. Perpisahan membuat Khisa kecewa dan sering memabukkan diri. Yuslin bersimpati melihat keadaan Khisa yang mabuk dan bersedihan dan cuba membantu. Dari situ secara tidak sengaja dia diperkosa. Khisa yang sedang khayal menyangkakan Yuslin adalah Jenny ketika itu. Kejadian itu menjadikan alasan kuat untuk Yuslin dan Khisa bersama. Tambah lagi Yuslin adalah anak kepada sahabat ayahnya. Khisa cuba untuk bertanggungjawap dan mengunakan wasiat sebagai alasan. Yuslin menolak kerana trauma namun terpaksa menerima akhirnya
demi wasiat dan keselamatan bersama. Walaupun mereka berkahwin atas dasar tanggungjawap namun mereka cuba menyesuaikan diri bersama. Sehingga kesuatu masa apabila mereka mula menerima antara satu sama lain Jenny datang sekali lagi dalam hidup Khisa. Perkahwinan mereka mengalami pergolakan.

Ingin tahu bagaimana Yuslin dan Khisa menghadapi halangan percintaan mereka? Boleh dapatkan novel DEMI CINTA KHISA 1 & 2 (berasingan) dengan terus berlanggan bersama ABOT secara peribadi.

HARGA : RM 30 senashkah/ sudah termasuk dalam harga pakej penghantaran
eksklusif bersama tandatangan peribadi dari penulis
TALIAN ORDER : 0169698691/ 01116371105
PEMBAYARAN SECARA CASH ON LINE BANK/ MONEY ORDER/POSTAL ORDER

sinopsis TINGGAL JANGAN LEPASKAN


Apabila pasangan itu tidak secocok tetapi takdir menjodohkan mereka dalam keadaan langsung tidak romantik. Mampukah jodoh mereka berkesudahan baik. Joori dan Fizzy adalah pasangan remaja yang mempunyai latar belakang kehidupan keluarga sama sekali berbeda.

Joori anak gadis yang membesar dikalangan keluarga pertengahan dan hidup dalam masyarakat kebiasaan menghadapi masalah sosial semasa. Masalah kewangan dan tekanan hidup dikota metropolitan yang penuh pancaroba. Walaupun menghadapi masalah terutama dari segi pendapatan namun kasih sayang keluarga memberi sumber kekuatan kepadanya. Membentuk pendirian diri teguh yang sentiasa berdikari. Sentiasa memandang tinggi pada keupayaan diri dan tidak betah bergantung kepada sesiapa. Prinsip yang dipegang menjadi Joori pahlawan didada. Tiada kata nista mampu memperendahkan diri. Joori akan melawan dan membalas dengan memulang kembali seribu kata nista kepada mereka berceluparan dengannya. Namun teman teman yang mendampingi Joori cukup menyenanginya Walaupun Joori bersikap kasar tetapi sangat mementingkan semangat persahabatan. Baik kepada Dira dan Mairah iaitu sahabatnya dikolej dan ditempat kerja. Joori sentiasa berani melindungi dan membela apabila kedua mereka ditindas. Namun sikap Joori yang terlalu berdikari dipandang oleh rakannya keterlaluan. Agak keras dan ketat menyukarkan huluran bantuan yang mahu diberikan. Kadang kadang sikap begitu menyusahkan diri Joori sendiri. Menampakkan Joori seorang ego dan terlalu menjaga airmuka. Sungguh begitu keperibadian Joori menjadikan dia dihormati dan dipandang tinggi oleh mereka yang mendampinginya.

Fizzy pula pemuda remaja yang membesar dikalangan keluarga koprat. Hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Kerunsingan besar yang dialami hanya kekurangan kasih sayang keluarga. Menjadikan Fizzy memberontak dan sentiasa melarikan diri. Alasan ingin menjalani kehidupan sendiri. Tidak mahu bergantungan dengan status keluarga. Kesunyian membentuk pendirian Fizzy keras. Penting diri, degil dan kepala angin. Tiada peradaban bila berbicara dengan orang baru yang dikenali. Paranoid dan memusuhi sekelilingnya. Malah Mariana, kakaknya sendiri turut dimusuhi. Hanya Uncle Jerry sahaja yang sangat dipercayai dan dapat mempengaruhi pemikiran. Baginya Uncle Jerry adalah idola dan sumber kekuatan diri. Pendirian dan prinsip berdikari yang menjadi landasan kehidupan pemuzik jalanan itu sangat mempengaruhi Fizzy. Jerry sangat dihormati seperti bapa sendiri. Tanpa menyedari Jerry sendiri mempunyai kekesalan sepanjang hayatnya atas pilihan prinsip hidup yang diamalkan. Gaya hidup Jerry mempengaruhi Fizzy memilih bidang muzik sebagai budaya hidupnya. Bersama sama Kamal dan Slam teman baiknya menubuhkan band rock. Mencari peluang pendapatan dengan bermain di kelab kelab hiburan. Bagi Fizzy hanya Jerry, muzik dan teman teman band sahaja dunia baginya.

Baik Fizzy mahupun Joori sama sama keras dengan prinsip diri yang dipegang. Tanpa menyedari menjadikan ketegangan dalam diri masing masing. Namun kehidupan berubah menarik apabila jodoh mempertemukan mereka. Perjodohan Joori dan Fizzy ibarat kucing dan anjing. Langit sama bumi walau berada dipaksi yang sama. Pantang kata manis bertutur dibibir mereka bila bertemu. Sebagaimana pelanggaran yang berlaku dihari pandangan pertama mereka. Komunikasi mereka sering bermasalah kerana masing masing terlalu menjaga kesempurnaan diri. Hanya nista dan sumpah seranah cara terbaik dalam perbualan mereka. Sehingga tanpa disedari membibit perasaan intim. Mengamit keserasian antara mereka. Walau sama sama jatuh cinta mereka tetap mempertahankan kekasaran apabila berkomunikasi. Menimbulkan keunikan dan gaya percintaan mereka.

Sebagaimana percintaan sejati tidak bisa lari dari dugaan. Ketegasan Mariana memaksa Fizzy kembali kepada keluarga mereka di dunia kehidupan koprat mengugah percintaan Fizzy dan Joori. Mariana mengunakan kuasa wang dan pengaruh untuk memisahkan mereka. Namun kepercayaan yang terwujud dalam keunikan percintaan mereka menjadikan kesetiaan didalam hati. Berpegang dengan falsafah tinggal jangan lepaskan, sepuluh tahun pun tidak mampu merubah perasaan.

Ingin tahu bagaimana Joori dan Fizzy menghadapi halangan cinta dengan cara keunikan gaya percintaan mereka? Boleh dapatkan novel TINGGAL JANGAN LEPASKAN dengan terus berlanggan bersama ABOT secara peribadi.

HARGA : RM 20 senashkah (sudah termasuk kos penghantaran)

* setiap pembelian akan disertakan bersama tandatangan peribadi dari penulis
TALIAN ORDER : 0169698691
PEMBAYARAN : CASH ON LINE BANK/ MONEY ORDER/POSTAL