Tuesday, September 29, 2009

sinopsis TINGGAL JANGAN LEPASKAN


Apabila pasangan itu tidak secocok tetapi takdir menjodohkan mereka dalam keadaan langsung tidak romantik. Mampukah jodoh mereka berkesudahan baik. Joori dan Fizzy adalah pasangan remaja yang mempunyai latar belakang kehidupan keluarga sama sekali berbeda.

Joori anak gadis yang membesar dikalangan keluarga pertengahan dan hidup dalam masyarakat kebiasaan menghadapi masalah sosial semasa. Masalah kewangan dan tekanan hidup dikota metropolitan yang penuh pancaroba. Walaupun menghadapi masalah terutama dari segi pendapatan namun kasih sayang keluarga memberi sumber kekuatan kepadanya. Membentuk pendirian diri teguh yang sentiasa berdikari. Sentiasa memandang tinggi pada keupayaan diri dan tidak betah bergantung kepada sesiapa. Prinsip yang dipegang menjadi Joori pahlawan didada. Tiada kata nista mampu memperendahkan diri. Joori akan melawan dan membalas dengan memulang kembali seribu kata nista kepada mereka berceluparan dengannya. Namun teman teman yang mendampingi Joori cukup menyenanginya Walaupun Joori bersikap kasar tetapi sangat mementingkan semangat persahabatan. Baik kepada Dira dan Mairah iaitu sahabatnya dikolej dan ditempat kerja. Joori sentiasa berani melindungi dan membela apabila kedua mereka ditindas. Namun sikap Joori yang terlalu berdikari dipandang oleh rakannya keterlaluan. Agak keras dan ketat menyukarkan huluran bantuan yang mahu diberikan. Kadang kadang sikap begitu menyusahkan diri Joori sendiri. Menampakkan Joori seorang ego dan terlalu menjaga airmuka. Sungguh begitu keperibadian Joori menjadikan dia dihormati dan dipandang tinggi oleh mereka yang mendampinginya.

Fizzy pula pemuda remaja yang membesar dikalangan keluarga koprat. Hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Kerunsingan besar yang dialami hanya kekurangan kasih sayang keluarga. Menjadikan Fizzy memberontak dan sentiasa melarikan diri. Alasan ingin menjalani kehidupan sendiri. Tidak mahu bergantungan dengan status keluarga. Kesunyian membentuk pendirian Fizzy keras. Penting diri, degil dan kepala angin. Tiada peradaban bila berbicara dengan orang baru yang dikenali. Paranoid dan memusuhi sekelilingnya. Malah Mariana, kakaknya sendiri turut dimusuhi. Hanya Uncle Jerry sahaja yang sangat dipercayai dan dapat mempengaruhi pemikiran. Baginya Uncle Jerry adalah idola dan sumber kekuatan diri. Pendirian dan prinsip berdikari yang menjadi landasan kehidupan pemuzik jalanan itu sangat mempengaruhi Fizzy. Jerry sangat dihormati seperti bapa sendiri. Tanpa menyedari Jerry sendiri mempunyai kekesalan sepanjang hayatnya atas pilihan prinsip hidup yang diamalkan. Gaya hidup Jerry mempengaruhi Fizzy memilih bidang muzik sebagai budaya hidupnya. Bersama sama Kamal dan Slam teman baiknya menubuhkan band rock. Mencari peluang pendapatan dengan bermain di kelab kelab hiburan. Bagi Fizzy hanya Jerry, muzik dan teman teman band sahaja dunia baginya.

Baik Fizzy mahupun Joori sama sama keras dengan prinsip diri yang dipegang. Tanpa menyedari menjadikan ketegangan dalam diri masing masing. Namun kehidupan berubah menarik apabila jodoh mempertemukan mereka. Perjodohan Joori dan Fizzy ibarat kucing dan anjing. Langit sama bumi walau berada dipaksi yang sama. Pantang kata manis bertutur dibibir mereka bila bertemu. Sebagaimana pelanggaran yang berlaku dihari pandangan pertama mereka. Komunikasi mereka sering bermasalah kerana masing masing terlalu menjaga kesempurnaan diri. Hanya nista dan sumpah seranah cara terbaik dalam perbualan mereka. Sehingga tanpa disedari membibit perasaan intim. Mengamit keserasian antara mereka. Walau sama sama jatuh cinta mereka tetap mempertahankan kekasaran apabila berkomunikasi. Menimbulkan keunikan dan gaya percintaan mereka.

Sebagaimana percintaan sejati tidak bisa lari dari dugaan. Ketegasan Mariana memaksa Fizzy kembali kepada keluarga mereka di dunia kehidupan koprat mengugah percintaan Fizzy dan Joori. Mariana mengunakan kuasa wang dan pengaruh untuk memisahkan mereka. Namun kepercayaan yang terwujud dalam keunikan percintaan mereka menjadikan kesetiaan didalam hati. Berpegang dengan falsafah tinggal jangan lepaskan, sepuluh tahun pun tidak mampu merubah perasaan.

Ingin tahu bagaimana Joori dan Fizzy menghadapi halangan cinta dengan cara keunikan gaya percintaan mereka? Boleh dapatkan novel TINGGAL JANGAN LEPASKAN dengan terus berlanggan bersama ABOT secara peribadi.

HARGA : RM 20 senashkah (sudah termasuk kos penghantaran)

* setiap pembelian akan disertakan bersama tandatangan peribadi dari penulis
TALIAN ORDER : 0169698691
PEMBAYARAN : CASH ON LINE BANK/ MONEY ORDER/POSTAL

2 comments:

NajiHah(^_^) said...

salam..buku abot still ade lagi ke?

Abot said...

Salam Najihah, sori lambat elert..terima kasih atas sokongan..novel ni takde stok kat tangan abot tapi takde masalah untuk abot uruskan pesanan Najihah..kalau berminat lagi nak beli just call abot yer kita berurusan belian..