CINTA DUA LANGIT SENJA Bahagian 1
Kenxi dan Daimara adalah pasangan Adam dan Hawa yang tidak mungkin dalam dunia ini difikirkan boleh untuk dijodohkan atau dipasangkan. Namun kisah cinta mereka 1:1 juta mungkin boleh terjadi. ..
Kenxi adalah salah seorang ahli boyband 'FUTURE' asal dari Taiwan dan digilai ramai peminat diseluruh dunia. Bukan sahaja kerana bakat besar tetapi kerana penampilan dan wajahnya yang tampan. Seperti mana perkembangan dunia hiburan yang terkini dikuasai oleh artis2 boyband dari Asia. Kenxi seperti superstar yang lain sentiasa mendapat tempat dihati pengila ikon dan para media mahu paparazi. Kisah kerjaya mahupun peribadinya sentiasa mendapat liputan dan paling penting sangat lumayan. Peminat fanatik Kenxi sentiasa bersedia berhabis duit melabur demi meraih apa sahaja berkenaan pujaan mereka ini.
Namun ada sesuatu rahsia tentang Kenxi peminatnya tak mungkin tahu. Wajah kacak tetapi sentiasa kelam kerna dendam dan amarah. Dilahirkan dalam kalangan ahli keluarga maharaja koprat di Taiwan tetapi tidak semua itu menjanjikan kehidupan yang bahagia. Tanpa kasih sayang dari ibunya, Madam Shuman yang sentiasa bergaya angkuh dan bongkak kerana status, menyebabkan Kenxi memilih jalan hidup sendiri. Bergelumang dengan gaya hidup seorang gay. Mengamalkan sex bebas tetapi nyata sekali dia sangat membenci kaum hawa. Sehingga dia disahkan sebagai pembawa HIV.
Bagi pengamal'free thinker' seperti Kenxi menganggap apa yang terjadi bagaikan hukum karma. Buat jahat dibalas jahat. Namun Kenxi tidak dapat menerima kenyataan dan melarikan diri ke Hokaido, Jepun. Disitu dia membunuh diri. Bagaimana pun Kenxi diselamatkan oleh seorang warga emas Jepun. Kerna terhutang budi Kenxi terpaksa merealisasikan wasiat terakhir warga emas itu. Membawa dia ke Malaysia lalu bertemu...
Daimara, seorang saudara mualaf dan juga gadis remaja yang optimistik. Sentiasa bersemangat dan berfikiran positif. Siang disekolah sebagai pelajar dan pulang sekolah dia akan terus ke tempat kerja separuh masa. Dia sanggup laku apa saja pekerjaan demi merealisasikan minatnya terhadap boyband kesukaannya ' FUTURE'. Wang hasil perkerjaannya selain membeli cd, cd drama atau barang merchadise kumpulan 'Future', akan disedekahkan juga kepada kanak2 HIV dirumah bakti. Memiliki hati nurani yang penyayang membuatkan Daimara sangat disayangi dan dilimpahi kasih dari orang sekelilingnya terutama ayahnya, Hisyam, abangnya, Syamir dan ibu saudaranya Umairah. Namun kekadang Daimara rimas juga dengan perhatian dari mereka. Sehingga dia terpaksa merahsiakan pekerjaan separuh masa yang dilakukan.
Mereka ambil berat keterlaluan bukanlah kerana Daimara masih remaja atau masih bersekolah tetapi kerana sangat risaukan kesihatan Daimara. Sejak lima tahun dulu Daimara sudah disahkan sebagai pembawa HIV. Kemalangan jalanraya dilalui bukan sahaja menyebabkan dia mendapat HIV dari pemindahan darah tetapi turut juga menyebabkan dia kehilangan ibu yang tersayang. Walaupun mereka sekeluarga tertempias kesan kejadian itu terutama Hisyam namun tidak kepada Daimara. Gadis ini tabah dan redha apa yang berlaku pada diri. Sehingga dia tidak sedar sesuatu berlaku tentangnya. Walau secara zahir Daimara menerima tetapi dalam pada masa yang sama dia cuba menafikan. Terutama perasaan percintaan terhadap kaum adam. Norman, teman baiknya cuba meluahkan perasaan terpaksa dinafikan sebaiknya. Daimara lebih rela menikmati dengan pandangan sahaja. Dia hanya percaya pada cinta yang abadi..cinta pada Allah yang Maha Esa.
Jodoh tidak pernah kenal cinta walau cinta selalu ketemu jodohnya..itulah diibaratkan pertemuan Kenxi dan Daimara disebuah hotel tempat Daimara bekerja. Kerana satu 'eksiden' yang berlaku menjadikan mereka terpaksa saling berkaitan. Langsung membibitkan satu kisah perjalanan. Lalu membait secubit perasaan. Akhirnya membentang dan menjawap suatu kekeliruan terhadap Kenxi dan Daimara yang sama sama melayar kehidupan senja dari kedudukan langit yang berbeza kepulnya.
harga : RM 30 (senashkah) / sudah termasuk dalam pakej penghantaran.
call : 0169698691
atau layari acc fb : facebook/abotabotjac.com
Sinopsis
Sambungan dari bahagian 1- Kenxi kembali kepada Daimara, kali ini dengan imej dan identiti baru seorang muslim. Desakan Madam Shuman yang keras menjadi Kenxi lebih keras menentang ibunya. Namun menukar agama dan imej serta personaliti seikhlas hati Kenxi dambakan. Daimara terkejut dengan perubahan Kenxi. Lebih menarik Kenxi melamar Daimara sebagai isteri bukan kerana cinta tetapi bertujuan menahan nafsunya terhadap lelaki. Daimara juga keliru tidak pasti, seperti Kenxi sebagai penghidap HIV, dia juga tiada masa depan membina masa depan bersama lelaki idaman lain. Adakan Daimara sudi menerima lamaran Kenxi. Apakah mereka akan bersatu sebagai suami isteri atas dasar persahabatan? Dapatkan novel bahagian ke dua...
Sinopsis
Sambungan dari bahagian 1- Kenxi kembali kepada Daimara, kali ini dengan imej dan identiti baru seorang muslim. Desakan Madam Shuman yang keras menjadi Kenxi lebih keras menentang ibunya. Namun menukar agama dan imej serta personaliti seikhlas hati Kenxi dambakan. Daimara terkejut dengan perubahan Kenxi. Lebih menarik Kenxi melamar Daimara sebagai isteri bukan kerana cinta tetapi bertujuan menahan nafsunya terhadap lelaki. Daimara juga keliru tidak pasti, seperti Kenxi sebagai penghidap HIV, dia juga tiada masa depan membina masa depan bersama lelaki idaman lain. Adakan Daimara sudi menerima lamaran Kenxi. Apakah mereka akan bersatu sebagai suami isteri atas dasar persahabatan? Dapatkan novel bahagian ke dua...
harga : RM 30 (senashkah) / sudah termasuk dalam pakej penghantaran.
call/ wassap : 0169698691
atau layari acc fb : facebook/abotabotjac.com
No comments:
Post a Comment