Tuesday, September 29, 2009

sinopsis DEMI CINTA KHISA 1 & 2





Yuslin gadis remaja metropolitan. Menjadi yatim piatu sejak umur lima belas tahun dan bakal mewarisi harta keluarga, Yusman Holding apabila mencecah umur 18 tahun. Kehidupannya selama ini tidak pernah kesempitan. Perniagaan keluarga diurus oleh kakaknya Yusra dan abang angkatnya Syariman. Sungguhpun mewah tetapi Yuslin tidak bahagia dirumah. Hidupnya sepi dan sendirian. Hubungannya dan Yusra selalu berantakan. Mereka tidak sehaluan. Dia menentang cara kehidupan Yusra yang sosial dan mengamalkan seks bebas. Sungguhpun dia mengamalkan gaya hidup indie urban tetapi Yuslin masih mementingkan kemurnian peribadi. Bagi mengelak diri Yuslin gemar menghabiskan masa siang disekolah bersama teman baiknya Luna, Rozie dan Jueman dan masa malamnya di studio jamming bersama Khisa, Patam dan Joe.

Yuslin menyimpan cinta kepada ketua bandnya, Khisa. Yuslin memendam perasaan cintanya kepada Khisa kerana tidak mahu keakraban persahabatan mereka tergugah. Demi Khisa, Yuslin sanggup lakukan apa apa sahaja. Biarpun Khisa perlakukan diriya seperti orang suruhan atau diperkotak katik. Yuslin ada pesaing. Dia cemburu melihat hubungan cinta Khisa dengan Jenny, gadis GRO di sebuah kelab malam. Yuslin mengerti bagaimana mendalam cinta Khisa terhadap Jenny walau Jenny bersikap tidak acuh dalam percintaan mereka. Yuslin bijak melindungi perasaannya dengan menunjukkan kesungguhan terhadap perjalanan karier muzik band G-bier yang telah didirikan bersama selama tiga tahun.

Disekolah dia diminati oleh Rizzwan, pelajar kelas menengah atas. Demi melupakan perasaannya terhadap Khisa dia membenarkan Rizzwan berteman rapat dengannya. Walaupun cuba melayani Rizzwan seperti teman teman baiknya yang lain tetapi keikhlasan Rizzwan hampir menambat hati. Sehinggalah satu trajedi buruk berlaku kepada dirinya.

Segala berpunca apabila wasiat lama mula dibongkar. Dato Anuar, bapa kepada Khisa pernah bersahabat baik dengan arwah Dato Yusman ketika remaja. Sebelum mereka sama sama menceburi perniagaan koprat mereka pernah terlibat dalam dunia mafia antarabangsa. Hasil perlibatan mereka memperolehi kekayaan masing masing. Selepas pengunduran mereka jarang berhubungan. Masing masing membuat haluan sendiri. Sehinggalah tiga tahun selepas kematian Yusman dan isteri kerana terlibat dalam kemalangan udara. Anuar telah didatangi wasiat. Wasiat dari Yusman yang mengamanahkan Anuar untuk menguruskan misi rahsia. Sebelum kematian Yusman berusaha. Namun tidak berkesempatan membongkarnya kepada pihak berkuasa kerana terbunuh menumpaskan sindikit mafia. Dia telah berjaya mengumpul maklumat besar yang melibatkan ketua ketua mafia antarabangsa dinahas udara dipercayai hasil perbuatan kianat pihak mafia yang cuba mematahkan rancangan Yusman. Atas kebijaksanaan Yusman sebelum mati dia sempat menyelamat dokumen itu dan telah menyimpan rapi disatu tempat rahsia. Mengharapkan kemudian Anuar dapat meneruskan misi seterusnya. Bagi memperolehi dokumen itu semula Yusman telah meletakkan syarat penting sebagai langkah keselamatan. Antara syarat itu adalah menjodohkan Yuslin dengan Khisa. Sijil perkahwinan mereka itu nanti digunakan sebagai kata laluan untuk memperolehi kunci peti besi yang menyimpan dokumen tersebut. Selain dari menjodohkan Yuslin dan Khisa, Yusman turut menjodohkan Yusra dan Syariman sebagai muslihat mengaburi pihak mafia. Bagaimanapun terdapat juga masalah dalam usaha penyatuan Yusra dan Syariman. Yusra menolak Syariman atas sebab kepentingan peribadi. Walaupun dalam diam Yusra amat menyukai Syariman. Konflik demi konflik berlaku dalam usaha misi namun demi persahabatan dan kerana pernah terhutang budi Anuar memikul amanah yang diserahkan. Berusaha memenuhi sepenuh hati.

Sebelum itu Anuar tidak pernah tahu Khisa dan Yuslin memang bersahabat baik. Dia menyuarakan hasrat wasiat kepada Khisa. Nyata mendapat tentangan. Khisa membantah kerana ingin bersama Jenny. Oleh kerana Khisa menolak, Anuar terpaksa menjalankan rancangan memutuskan hubungan Khisa dan Jenny. Anuar mengupah penyiasat untuk menyiasat latar belakang Jenny. Hasil siasatan didapati Jenny juga bekerja sambilan sebagai pelacur kelas atas. Anuar membongkar pekerjaan lacur Jenny kepada Khisa dengan cara bermuslihat dan rancangannya berjaya memisahkan mereka. Perpisahan membuat Khisa kecewa dan sering memabukkan diri. Yuslin bersimpati melihat keadaan Khisa yang mabuk dan bersedihan dan cuba membantu. Dari situ secara tidak sengaja dia diperkosa. Khisa yang sedang khayal menyangkakan Yuslin adalah Jenny ketika itu. Kejadian itu menjadikan alasan kuat untuk Yuslin dan Khisa bersama. Tambah lagi Yuslin adalah anak kepada sahabat ayahnya. Khisa cuba untuk bertanggungjawap dan mengunakan wasiat sebagai alasan. Yuslin menolak kerana trauma namun terpaksa menerima akhirnya
demi wasiat dan keselamatan bersama. Walaupun mereka berkahwin atas dasar tanggungjawap namun mereka cuba menyesuaikan diri bersama. Sehingga kesuatu masa apabila mereka mula menerima antara satu sama lain Jenny datang sekali lagi dalam hidup Khisa. Perkahwinan mereka mengalami pergolakan.

Ingin tahu bagaimana Yuslin dan Khisa menghadapi halangan percintaan mereka? Boleh dapatkan novel DEMI CINTA KHISA 1 & 2 (berasingan) dengan terus berlanggan bersama ABOT secara peribadi.

HARGA : RM 30 senashkah/ sudah termasuk dalam harga pakej penghantaran
eksklusif bersama tandatangan peribadi dari penulis
TALIAN ORDER : 0169698691/ 01116371105
PEMBAYARAN SECARA CASH ON LINE BANK/ MONEY ORDER/POSTAL ORDER

21 comments:

Unknown said...

as' salam, saya nk taya mcm mn nk dpt novel demi cinta khisa?spe nama syarikat y keluar novel ini?

Anonymous said...

salam.macam mne nk buat pmbayaran? bley bgi detail tak psl cara pembelian?

Anonymous said...

salam...novel demi cinta khisa 2 nie xde smbungan ke?saya rse cam tergantung cket cter nie..

Anonymous said...

Salam....kak abot...pg td sye ada tgk MHI....akhrnya dapat gak cari novel DEMI CINTA KHISA nie...so sy nak tanya...Novel nie kak jual dngn harga RM26 kan? RM26 tu utk dua novel ke satu novel...hope kak dapat bg jawapan ek...sbb mmg t'ingn sgt nak beli novel nie...dlu pnjam kat kawan je...huhu dah baca tpi x puas....best giler novel nie...tahnks ek utk jawpan dari kak nnti....

Anonymous said...

k.abot...sye nk sgt novel nie,
tp npew pyh sgt nk jmpe kt kedai..
tlg bgi hint nk dptkn novel ke 2 demi cinta khisa

syahiadmah said...

saya na tnya dimana bule dapat demi cinta khisa 2?

Anonymous said...

tgah syok2 lyn novel ni.. tetibe je ad smbngan.. jem trus nk bce. huhu

Anonymous said...

salam..sya dh bca DCK 1..sya cuba crik DCK2 dekat kedai buku tpi xjumpa..so mcm mna sya nk dptkan DCK2..thanks,,

Abot said...

Salam, terima kasih atas komen..maaf kerana abik masa untuk menjawap komen semua..jangan risau walaupun abot tidak menjawap disini tapi aot akan sentiasa up-date kemusyikilan dari soalan u all tu kat dashbox.

Untuk pengetahuan semua, novel yang teriklan disini hanya untuk jualan direct dengan abot..takde org tgh..kalau tak ada di kedai maknanya u kena beli dengan abot la..so u just call no phn yg diberi dan setiap pesanan akan dilayan sesekadar segera. InsyaAllah,ok selamat membaca!

Anonymous said...

cmne sy nk dpkn nvel demi cinta khisa 2 ni ek???

miza said...

novel demi cinta khisa 2 ade lg x???nk sgt beli ni.....

Abot said...

boleh call abot 0169698691..atau add abot kat facebook : abot abotjac II..

Miya said...

sya dah lama cari nvel demi cinta khisa n sambunggan ni...kali pertama baca dlu just pinjam kt perpustakaan ja..so ada lagi x saya memang berminat sangat gan nvel ni...

AyiE said...

assalam,kalau yg dri brunei,mcmana mau beli?huhu..kempunan lah gayanya kalau nda dpt bca bahagian 2.. x(

Anonymous said...

salam, saya suka giler novel demi cinta khisa 1&2 tpi da smbungan. novel demi cinta khisa x da yg ke-3 ke.. sya nak tahu sgt ending citer ney........

Anonymous said...

mcm mane nk dpat nvel yg ke-2 ni?

Abot said...

kalau berminat dapat novel sila pm @wassap
0169698691

Unknown said...

Salam saya nak tny Demi Cinta Khisa 3 ada ke? Kalau ada saya betul2 nk baca ending nye... Boleh reply kalo ada novel 3 yg di jual...

Unknown said...

Hyee...novel demi cinta khisa 1& 2 masih ada?

Anonymous said...

Hello, novel demi cinta khisa 1&2 ada lagi ke?

Anonymous said...

Saya juga cari 2 punya...